Sempena kempen baru Kimball® yang bertemakan "Kimball® Tambah Drama Dalam Masakan", Kimball® akan mengadakan Pesta Makan-Makan Kimball®, karnival makanan sambil berkelah pada 23 Julai 2016, di Setia City Park, Shah Alam dari pukul 9:30am hingga 3:00pm.

Pesta ini adalah acara yang dinanti-nantikan oleh keluarga-keluarga dan penggemar makanan kerana Kimball® akan mendirikan gerai-gerai yang menawarkan pelbagai hidangan traditional dan moden yang dimasak menggunakan produk Kimball®, seperti Nasi 'ADA BRIYANI', Nasi Padprik AWE DONDE, Laksa MASAM-MASAM MANIS, Mi Ja-WOW, Spageti Bolognese MELETUPPP, Burger Ayam BERGEGAR dan lain-lain lagi untuk RM1 sahaja setiap hidangan.

Cepat, hanya jumlah baucar makanan terhad dijual, sementara stok masih ada.


500 pengunjung pertama yang berumur 12 tahun dan ke atas akan menerima baucar untuk makan secara percuma! Sila baca terma dan syarat.


1) ZON TAMBAH SELERA - Nikmatilah pelbagai hidangan Kimball-icious untuk RM1 je!

2) ZON TAMBAH SEGAR - Hilangkan dahaga dengan minuman percuma!

3) ZON TAMBAH DRAMA - Zon eksklusif untuk mengambil selfies, wefies & banyak lagi!

4) ZON TAMBAH RELAKS - Zon makan-makan ala piknik dengan keluarga

5) ZON TAMBAH CERIA - Zon beriang-ria bersama keluarga dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah misteri!

6) ZON TAMBAH RASA - Jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran Kimball menarik!


MASA AGENDA
9.30am Pesta Makan-Makan Kimball® bermula
10.30am Upacara Perasmian
11.30am Aktiviti Pentas 1
12.30pm Aktiviti Pentas 2
1.00pm Cabutan Bertuah Sesi 1
1.30pm Aktiviti Pentas 3
2.00pm Cabutan Bertuah Sesi 2
3.00pm Tamat

Kemasukan adalah percuma. Walaubagaimanapun, anda perlu membeli baucar makanan untuk menikmati hidangan-hidangan yang disediakan.

Anda tidak perlu mendaftar untuk acara ini. Namun demikian, 500 pengunjung terawal yang ingin memakan secara percuma perlu mendaftar pada hari pesta. Sila rujuk kepada terma dan syarat pesta.

Setiap buku baucar makanan adalah RM5 di mana anda boleh menebus 5 hidangan.

Anda boleh membeli baucar makanan di kaunter jualan yang berada di pintu masuk utama.

Acara ini tiada had umur. Semua warganegara Malaysia dijemput hadir ke acara ini. Walaubagaimanapun, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga. Sila pastikan anda membaca terma dan syarat acara.

Anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta Setia City Mall atau Setia Convention Centre.

Anda hanya perlu bawa wang tunai, payung dan krim pelindung matahari dan anda sudah bersiap-sedia untuk menikmati pesta ini!

Pelbagai jenis makanan akan dihidangan; daripada hidangan tradisional ke hidangan moden. Semua makanan di pesta disediakan oleh katerer yang telah diiktirafkan halal.


Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini.