RESIPI TAMBAH DRAMA | Dadar Telur dengan Kacang Kuda & Makaroni Kimball

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Suwarsi M. Arukin

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar Mayonis Kimball
  • 1 sudu besar Sos Cili Kimball
  • Garam, secukup rasa
  • Serbuk lada hitam, secukup rasa
  • ½ cawan Kacang Kuda Kimball, dicincang kasar
  • 50g Makaroni Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 1 labu bawang besar, dicincang
  • 2 biji cili merah, dicincang halus
  • 1 batang daun bawang, dicincang halus
  • ½ sudu besar minyak masak
  • Sos
  • 3 sudu besar Mayonis Kimball
  • 3 sudu besar Sos Cili Kimball

CARA-CARANYA

  1. Pukul telur bersama Mayonis Kimball, Sos Cili Kimball, garam dan lada hitam secukup rasa.
  2. Masukkan Kacang Kuda Kimball, Makaroni Kimball, bawang, cili merah dan daun bawang. Kacau rata.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tuangkan bancuhan telur dan masak atas api perlahan sehingga bahagian bawah telur masak.
  4. Masukkan ke dalam ketuhar dan gril pada 200°C selama 8 minit atau sehingga masak.
  5. Hidangkan panas bersama campuran Mayonis Kimball dan Sos Cili Kimball.
  6. Tip dari Chef: Dadar telur boleh dimasak dalam cawan mufin untuk memikat selera anak-anak.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!