RESIPI TAMBAH DRAMA | KUAH KACANG BIJAN 3 RASA KIMBALL

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
8 – 10 orang

BAHAN-BAHAN

  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 batang serai, diketuk
  • 300g kacang tanah, dipanggang dan ditumbuk halus
  • Garam secukup rasa

  • Bahan A (Dikisar lumat)
  • 15g cili kering, direndam dalam air panas sehingga lembut dan sejatkan
  • 10 ulas bawang merah kecil, dihiris
  • ¼ cawan air

  • Bahan B
  • 500ml air
  • 240ml Sos Bijan 3 Rasa Kimball
  • ¼ Sos Cili Kimball

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak dan tumis Bahan A atas api kecil sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan serai, biar masak selama 3 – 4 minit dan tambah Bahan B. Biar sampai mendidih dan tambahkan kacang.
  3. Renih atas api kecil selama 15 – 20 minit sehingga sos menjadi pekat. Masukkan garam secukup rasa.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!