RESIPI TAMBAH DRAMA | SATE AYAM BBQ KIMBALL

Masa Penyediaan
1 jam + 2 jam (perapan)
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
8 – 10 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 700g isi ayam, dipotong 2cm
  • 20 lidi pencucuk sate, direndam dalam air selama 1 jam
  • ⅓ cawan Sos BBQ Kimball

  • Bahan A (Dikisar lumat)
  • 3 batang serai, dihiris
  • 6 biji bawang merah kecil, dihiris
  • 10cm kunyit hidup, dihiris
  • 50g gula
  • 3 sudu besar Sos BBQ Kimball
  • 3 sudu besar minyak masak

CARA-CARANYA

  1. Campur Bahan A dengan ayam dan gaul rata. Masukkan dalam bekas bertutup dan perap dalam peti sejuk selama 2 – 3 jam.
  2. Cucuk ayam dengan lidi satu persatu dengan rapat dan pastikan hujung lidi tidak terdedah. Bakar dalam pan pembakar atas api sederhana selama 5 – 6 minit setiap belah.
  3. Letakkan sate yang telah dimasak atas dulang dan sapukan Sos BBQ Kimball ke atas sate semasa masih panas. Hidang segera bersama timun yang dipotong kiub.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!