RESIPI TAMBAH DRAMA | KEBAB KAMBING BBQ MEDITERRANEAN KIMBALL

Masa Penyediaan
30 minit + 1 jam (perapan)
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
8 – 10 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 12 pasang penyepit kayu (chopsticks) pakai buang
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • ⅓ cawan Sos BBQ Kimball

  • Bahan A
  • 500g daging cincang (kambing, lembu atau ayam)
  • 1 ½ sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kasar cili kering
  • 1 biji bawang besar, dihiris halus
  • 1 jambak kecil daun dan batang ketumbar, dihiris halus
  • 1 sudu kecil garam
  • ¼ cawan Sos BBQ Kimball

  • Bahan B
  • 1 tin Kacang Kuda Kimball, disejat
  • 2 cawan nasi basmati
  • 1 biji buah lemon, dipotong baji
  • Beberapa tangkai daun pudina dan ketumbar

CARA-CARANYA

  1. Campurkan bahan A dalam mangkuk adunan dan kacau dengan senduk kayu sehingga sebati. Perap dalam peti sejuk selama 1 jam.
  2. Bahagikan adunan daging (Bahan A) kepada 12 bahagian dan salutkan setiap bahagian sekeliling penyepit kayu. Tekan daging sehingga rata dan berbentuk leper memanjang.
  3. Sapu kebab dengan minyak zaitun. Masak dalam pan pemanggang atau kuali (anggaran 5 minit setiap belah) atas api sederhana.
  4. Apabila masak, pindahkan ke atas dulang dan sapukan Sos BBQ Kimball pada kedua-dua belah kebab dengan segera. Hidang panas dengan Bahan B.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!