RESIPI TAMBAH DRAMA | RENDANG AYAM TERIYAKI KIMBALL

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
45 minit
Saiz Hidangan
8 – 10 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • ½ cawan minyak masak
  • 4cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 10 kuntum bunga cengkih
  • 1.5kg ayam tanpa tulang dan kulit, dipotong 4 cm
  • 250ml santan pekat

  • Bahan A (Dikisar lumat)
  • 20g cili kering, dibuang biji, direndam dan disejat
  • 10 biji bawang merah kecil, dihiris
  • 10 ulas bawang putih, dihiris
  • 50g halia, dihiris
  • 5 batang serai, dihiris
  • 3cm kunyit hidup, dihiris
  • 50g lengkuas, dihiris
  • ½ cawan air

  • Bahan B
  • 240ml Sos Teriyaki Kimball
  • ¼ cawan Sos karamel pekat Cheong Chan
  • ½ cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit, dihiris
  • 6 helai daun limau purut, dikoyak
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu kecil garam, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih. Selepas 1 minit, masukkan Bahan A. Masak atas api kecil-sederhana selama 10 minit atau sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Tambah ayam dan santan. Didihkan atas api sederhana selama 20 minit dan pastikan kacau selalu.
  3. Campurkan Bahan B dan biarkan masak sehingga kuah jadi pekat dan menyalut ayam (anggaran 15 minit). Angkat pan daripada api.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!