RESIPI TAMBAH DRAMA | SERUNDING AYAM TERIYAKI PEDAS KIMBALL

Masa Penyediaan
1 jam
Masa Memasak
1 – 1 ½ jam
Saiz Hidangan
8 – 10 orang

BAHAN-BAHAN

  • 800g dada ayam (tanpa kulit)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar biji ketumbar, dipanggang dan ditumbuk

  • Bahan A (Dikisar lumat)
  • 15g cili kering, dibuang biji, direndam dan disejat
  • 6 biji bawang merah kecil, dihiris
  • 6 ulas bawang putih, dihiris
  • 30g halia, dihiris
  • 30g lengkuas, dihiris
  • 2 batang serai, dihiris
  • ¼ cawan air

  • Bahan B
  • ½ cawan Sos Teriyaki Kimball
  • 125ml santan pekat
  • 1 ½ sudu kecil garam

CARA-CARANYA

  1. Kukus dada ayam sehingga masak (anggaran 30 minit). Apabila dingin sedikit, carikkan ayam secara halus dengan tangan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis Bahan A atas api kecil-sederhana. Kacau selalu sehingga naik bau dan pecah minyak (anggaran 20 minit).
  3. Tambah Bahan B, didihkan sehingga pekat (anggaran 15 minit), kemudian masukkan ayam yang dicarikkan tadi.
  4. Masak atas api kecil, kacau selalu sehingga sebatian menjadi kering. Masukkan biji ketumbar dan goreng ayam atas api kecil sehingga garing. Biarkan menyejuk dan simpan dalam bekas kedap udara (serunding boleh disimpan selama seminggu).

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!