RESIPI TAMBAH DRAMA | SALAD KEKACANG STAIL TIMUR TENGAH KIMBALL

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
nil
Saiz Hidangan
8 – 10 orang

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 1 tin Kacang Kuda Kimball, disejat dan dibilas
  • 1 tin Kacang Parang Kimball, disejat dan dibilas
  • ½ biji lada benggala merah, dipotong dadu
  • ½ biji lada benggala hijau, potong dadu
  • 2 biji tomato masak, dipotong kiub 1cm
  • ¼ cawan daun parsli, dicincang
  • 2 tangkai daun bawang, dihiris halus

  • Bahan B (Dicampur bersama)
  • ½ cawan Sos Bijan 3 Rasa Kimball
  • ¼ cawan jus lemon
  • ¼ cawan minyak zaitun extra virgin
  • 1 sudu kecil empingan cili

CARA-CARANYA

  1. Masukkan Bahan A dalam mangkuk dan tuangkan Bahan B ke atas.
  2. Tos perlahan-lahan, masukkan dalam bekas berpenutup dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dihidangkan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!