RESIPI TAMBAH DRAMA | Pasta Makanan Laut Berkuah Kimball

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Suwarsi M. Arukin

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 labu bawang besar, dicincang
  • 1 biji cili benggala kuning, dipotong dadu
  • 3 biji tomato segar, direbus and dicincang
  • 200ml air
  • 450g Pati Tomato Kimball
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 100g sotong, dipotong bulat
  • 100g udang segar, dibuang kulit dan urat
  • 6 kepah besar
  • Garam, secukup rasa
  • Serbuk lada hitam, secukup rasa
  • 400g Spageti Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 2 sudu besar daun parsli segar, dicincang

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang dengan api perlahan sambil mengacaunya sesekali.
  2. Masukkan cili benggala, tomato, air, Pati Tomato Kimball dan serbuk paprika. Didihkan.
  3. Masukkan sotong, udang dan kepah lalu didihkan lagi untuk beberapa minit.
  4. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Didihkan selama 8-10 minit atau sehingga kuah agak pekat.
  5. Tuangkan ke atas Spageti Kimball.
  6. Taburkan daun parsli dan hidangkan segera.
  7. Tip dari Chef: Boleh ditambah makanan laut lain seperti ikan dan kapis.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!