RESIPI TAMBAH DRAMA | TELUR DADAR CENDAWAN KIMBALL

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Marina Mustafa

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur besar
  • Secubit garam
  • Secubit lada sulah
  • 1 sudu besar susu
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 bawang merah, dipotong dadu
  • 1 cendawan butang, dipotong dadu
  • 1 sudu besar daun bawang, dipotong dadu
  • 2 sudu besar Sos Spageti Cendawan Kimball
  • 2 sudu besar keju cheddar dan keju mozarela - diparut
  • 2 sudu besar Sos Cili Kimball

CARA-CARANYA

    1. Pukulkan telur dalam mangkuk kering, perasakan dengan garam dan lada sulah.
    2. Tambah susu dan pukul lagi.
    3. Panaskan minyak di dalam kuali ‘non-stick’. Tumiskan bawang merah dan cendawan sehingga layu. Kemudian, taburkan daun bawang.
    4. Tuangkan campuran telur ke dalam kuali dengan keadaan api sederhana.
    5. Biarkannya masak dalam keadaan api kecil.
    6. Masukkan Sos Spageti Cendawan Kimball di tengah telur dadar.
    7. Taburkan keju dan lipatkan telur dadar.
    8. Lagi enak bila dihidang bersama Sos Cili Kimball.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!