RESIPI TAMBAH DRAMA | BROWNIES MAYO ISTIMEWA KIMBALL

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Marina Mustafa

VIDEO

Bahan-Bahan

  • ½ cawan coklat masakan, dipotong kecil
  • ½ cawan gula halus
  • ¼ cawan gula perang
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar ‘buttermilk’
  • ¼ sudu teh serbuk penaik
  • ½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • ½ cawan Mayonis Kimball
  • ½ sudu teh mentega, untuk diratakan pada loyang

CARA-CARANYA

  1. Cairkan coklat masakan di dalam mangkuk kaca di atas air mendidih.
  2. Keluarkan mangkuk dan biarkan sejuk.
  3. Gaulkan coklat cair dengan gula halus dan gula perang.
  4. Masukkan esen vanila, telur dan ‘buttermilk’. Gaulkan rata.
  5. Masukkan serbuk penaik, tepung gandum dan serbuk koko bersama.
  6. Masukkan Mayonis Kimball dan gaul hingga  berkilat.
  7. Tuangkan gabungan ke dalam loyang. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 180ºC selama 25-30 minit.
  8. Potongkan kepada kepingan segi empat apabila brownie sejuk sepenuhnya.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!