RESIPI TAMBAH DRAMA | NASI AYAM CLAYPOT KIMBALL

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Marina Mustafa

VIDEO

Bahan-Bahan

  • 2 cawan beras basmati, dibasuh dan ditapis
  • 3 cawan air
  • 4 ketul ayam, 300g
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar pes halia
  • 6 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 bawang merah, dihiris
  • 6 hirisan halia, dimayang
  • 8 cendawan shitake, dihiris
  • 4 sudu besar minyak bijan
  • 150g  ikan masin, digoreng rangup
  • 4 tangkai daun bawang, dihiris
  • 8 sudu besar Sos Cili Bawang Putih Kimball

CARA-CARANYA

  1. Masak nasi menggunakan periuk nasi/ periuk tanah liat.
  2. Perap ayam dengan kicap pekat, kicap cair, pes halia dan Sos Tiram Kimball.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang serta halia hingga wangi.
  4. Tambahkan cendawan dan ayam yang dipotong kecil hingga ¾ masak.
  5. Masukkan ayam dan cendawan ke dalam nasi yang ¾ masak.
  6. Apabila nasi telah masak, renjiskan minyak bijan. Kemudian, taburkan ikan masin yang telah dihancurkan dan daun bawang yang dihiris di atas nasi.
  7. Hidangkan bersama Sos Cili Bawang Putih Kimball.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!