RESIPI TAMBAH DRAMA | MINESTRONE 3 DALAM 1 KIMBALL

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
10 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Marina Mustafa

VIDEO

Bahan-Bahan

  • 4 cawan stok daging
  • ½  cawan Makaroni Kimball
  • ½ lobak merah, dipotong dadu
  • 1 biji kentang, dipotong dadu
  • 1 batang saderi, dipotong dadu
  • ½  cawan Kacang Kuda Kimball
  • 2 ulas bawang putih, dihancur
  • ½ cawan Sos Spagheti Selasih & Bawang Putih Kimball
  • ½  sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam

CARA-CARANYA

  1. Didihkan stok daging dalam periuk.
  2. Masukkan Makaroni Kimball ke dalam stok dan didihkan.
  3. Masukkan lobak merah, kentang, saderi, Kacang Kuda Kimball dan bawang putih.
  4. Tuangkan Sos Spagheti Selasih & Bawang Putih Kimball, perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  5. Tutup periuk dan masak 6 minit.
  6. Boleh dinikmati dengan sup, pencicah atau pelengkap hidangan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!