RESIPI TAMBAH DRAMA | Fettuccine Bebola Daging Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Suwarsi M. Arukin

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • A
  • 300g daging lembu,dikisar
  • 1 biji telur
  • 1 labu bawang besar, dicincang
  • ½ cawan serbuk roti
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil Sos Berperisa Tiram Kimball
  • ½ sudu kecil kicap cair
  • Garam, secukup rasa
  • Serbuk lada hitam, secukup rasa
  • B
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 6 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 labu bawang besar, dicincang halus
  • 700g Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball
  • ½ cawan air rebusan daging
  • 1 sudu kecil herba Itali kering
  • 1 sudu kecil gula perang
  • Garam, secukup rasa
  • Serbuk lada hitam, secukup rasa
  • 400g Fettuccine Kimball , dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • Keju parmesan, diparut

CARA-CARANYA

  1. Untuk bebola daging: gaul sebati Bahan A. Bentukkan menjadi bebola dan kukus selama 8-10 minit. Ketepikan supaya sejuk.
  2. Di dalam kuali, panaskan minyak. Gorengkan bebola daging hingga perang. Angkat.
  3. Masukkan bawang dan bawang putih ke dalam kuali. Tumis hingga wangi.
  4. Masukkan Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball dan air rebusan daging. Didihkan beberapa minit.
  5. Masukkan herba Itali kering, gula perang, garam, lada hitam dan bebola daging. Kacau rata.
  6. Tuangkan ke atas Fettuccine Kimball.
  7. Taburkan keju Parmesan dan gaul rata. Hidangkan panas.
  8. Tip dari Chef: Jika suka, daging boleh ditukarkan kepada ayam atau kambing.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!