RESIPI TAMBAH DRAMA | 'Club Sandwich' Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Suwarsi M. Arukin

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 10 keping roti
  • 4 sudu besar mentega, untuk disapu
  • ½ sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 150g daun salad, dihiris
  • 2 biji tomato, dihiris nipis
  • A
  • 300g ayam dada rebus, dicincang kasar
  • 1 tin Kacang Parang Kimball, dilenyek
  • 3 sudu besar Sos Spageti Tradisional Kimball
  • Garam, secukup rasa
  • Serbuk lada hitam, secukup rasa
  • B
  • 1 sudu besar Mayonis Kimball
  • 1 sudu besar Sos Tomato Kimball
  • 1 sudu besar Sos Cili Kimball

CARA-CARANYA

  1. Sapukan mentega pada roti dan bakar sedikit di atas kuali. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga wangi.
  3. Masukkan Bahan A dan masak untuk beberapa minit sehingga pekat. Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk lain, gaulkan Bahan B sehingga sebati.
  5. Susun sedikit salad dan tomato pada sekeping roti. Sudukan Bahan B di atasnya dan lapiskan dengan sekeping lagi roti.
  6. Ratakan sedikit Bahan A dan lapiskan dengan sekeping lagi roti.
  7. Ulangi langkah hingga dua lapisan lagi (gunakan 5 keping roti).
  8. Potongkan sandwic kepada 2 dan hidangkan.
  9. Tip dari Chef: Roti juga boleh dibakar dalam pembakar roti kemudian baru disapu mentega.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!