RESIPI TAMBAH DRAMA | Rol Tortila Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Norzailina

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 4 keping tortila
  • 4 helai daun salad, dibuang tengah
  • 1 batang zukini, dipotong 12 memanjang
  • 2 batang ketam (dinginbeku), dipotong 8 memanjang
  • 4 kepingan keju, dipotong 2
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil minyak
  • Garam, secukup rasa
  • Serbuk lada hitam, secukup rasa
  • Untuk Sapuan
  • ½ tin Kacang Parang Kimball
  • 2 sudu besar Mayonis Kimball
  • 3 sudu besar Sos Cili Kimball

CARA-CARANYA

  1. Pukul sebiji telur dengan garam dan serbuk lada hitam.
  2. Panaskan minyak, goreng dadar. Ulangi hingga telur habis, ketepikan.
  3. Campurkan Kacang Parang Kimball, Mayonis Kimball dan Sos Cili Kimball hingga halus.
  4. Tambahkan garam secukupnya.
  5. Sapukan pada tortila, letak telur dadar di atasnya.
  6. Bahagikan salad, zukini, ketam dan keju menjadi 4 bahagian.
  7. Susun setiap bahagian di atas tortila dan gulung kemas.
  8. Bungkus dengan plastik dan sejukkan selama 1 jam sebelum dihidangkan.
  9. Tip dari Chef (Sapuan boleh digunakan untuk)
    1. Isian sandwic, krim paf savuri, roti pita dll
    2. Isikan ke dalam beg aising, picitkan ke atas piza atau roti bakar.
    3. Gaul dengan pasta panas untuk hidangan cepat.
    4. Tambah ke dalam bubur nasi.
    5. Tambah air panas jadi pencicah kepada seleri, potongan keju, lobak merah dll

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!