RESIPI TAMBAH DRAMA | Pasta Kerabu Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Norzailina

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Sos
  • 350g Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball
  • ½ cawan mentega kacang kasar
  • ½ cawan Sos Cili Thai Kimball
  • 200g Spiral Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 1 tin Kacang Kuda Kimball
  • 2 cawan hirisan kubis ungu
  • 1 cawan hirisan cili benggala merah
  • 4 tangkai daun limau purut, dicincang halus
  • Garam, secukup rasa
  • Serbuk lada hitam, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Kacau bahan-bahan untuk sos di atas api perlahan sehingga panas. Ketepikan.
  2. Campurkan Spiral Kimball dan Kacang Kuda Kimball dalam mangkuk besar.
  3. Campurkan kubis, cili benggala dan daun limau purut.
  4. Masukkan sos, tambah garam, serbuk lada hitam dan gaul rata.
  5. Sedia untuk dihidang.
  6. Tip dari Chef: Anda juga boleh menambah sosej ayam atau daging yang telah dimasak.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!