RESIPI TAMBAH DRAMA | Chicken Chop Ala Hainan Kimball

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Marina Mustafa

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • Ayam Goreng
  • 2 keping paha ayam tanpa tulang (300g)
  • ¼ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil lada hitam
  • ¼ sudu kecil paprika
  • ¼ cawan serbuk roti
  • ¼ cawan tepung gandum
  • ½ cawan minyak masak, untuk goreng
  • Sos
  • 2 sudu besar minyak masak, untuk tumisan
  • 1 bawang merah besar, dihiris
  • 6 sudu besar Sos Tomato Kimball
  • 1½ cawan air
  • ½ lobak merah, dihiris
  • 1 biji tomato, dihiris
  • 1 sudu besar cuka
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • ½ sudu besar lada hitam
  • ¼ cawan air digaul dengan 1 sudu besar tepung
  • ¼ pek Spageti Kimball, dicelur mengikuti arahan di bungkusan
  • Hiasan
  • 1 sudu besar kacang hijab, dicelur
  • 2 biji kentang, dihiris & digoreng

CARA-CARANYA

  1. Perapkan paha ayam dengan garam, lada hitam dan paprika
  2. Di piring lain, gaulkan serbuk roti dan tepung gandum bersama.
  3. Salutkan paha ayam dengan serbuk roti dan tepung sekata.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam. Gorengkan setiap belah sehingga garing & warna keemas-emasan.
  5. Keringkan minyak dan letakkan dalam piring untuk hidangan.
  6. Dalam periuk lain, panaskan minyak tumisan
  7. Tumiskan bawang sehingga layu dan wangi. Masukkan Sos Tomato Kimball dan air.
  8. Apabila mendidih, masukkan hirisan lobak merah dan tomato, masak sehingga empuk
  9. Perasakan dengan cuka, garam, gula dan lada hitam. Tuangkan bancuhan air dan tepung ke dalam sos dan gaul sehingga pekat.
  10. Taburkan dengan kentang goreng dan kacang hijau & tuangkan sos ke atas paha ayam yang digoreng.
  11. Hidangkan dengan Spageti Kimball.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!