RESIPI TAMBAH DRAMA | Salad Waldorf Ayam Kimball

Masa Penyediaan
5 minit
Masa Memasak
3 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Marina Mustafa

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 100g dada ayam, direbus & dipotong dadu
  • ½ tin Kacang Kuda Kimball, ditapis
  • 1 sudu besar kacang walnut panggang, dicincang kasar
  • 1 cawan Spiral Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 1 Epal hijau, dicincang
  • ½ cawan anggur tanpa biji, dibelah dua
  • 1 sudu besar kismis
  • ½ batang saderi, dicincang
  • ¼ sudu kecil lada sulah
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 sudu besar Mayonis Kimball
  • 1 mangkuk daun salad
  • 1 sudu besar jus lemon

CARA-CARANYA

  1. Masukkan dada ayam, Kacang Kuda Kimball, kacang walnut, Spiral Kimball, epal hijau, anggur, kismis dan saderi ke dalam mangkuk besar.
  2. Tambahkan lada sulah, garam dan Mayonis Kimball. Gaul sebati.
  3. Masukkan daun salad dan gaulkan bahan-bahan semua.
  4. Perahkan jus lemon ke atas salad.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!