RESIPI TAMBAH DRAMA | Nasi Tomato Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
6-8 orang

BAHAN-BAHAN

  • 500g beras basmathi, direndam 20 minit & tus
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 1 labu bawang besar, didadu
  • 2cm halia, dihiris
  • 5cm kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 4 buah pelaga
  • 4 sudu besar Pati Tomato Kimball
  • 425ml Sup Tomato Kimball
  • 500ml air
  • garam, secukup rasa
  • Untuk Hiasan
  • Gajus panggang
  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.
  2. Masukkan beras, kacau 1 minit.Tambahkan Pati Tomato Kimball, Sup Tomato Kimball, air dan garam.
  3. Apabila nasi tanak hingga masak, hiaskan dengan bahan hiasan dan hidangkan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!