RESIPI TAMBAH DRAMA | Ayam Masak Merah Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 500g kepingan ayam
  • ¼ sudu teh serbuk kunyit
  • ½ cawan Sos Spageti Tradisional Kimball
  • 3 sudu besar Sos Cili Kimball
  • ¾ - 1 cawan air
  • 3 sudu besar minyak, untuk digoreng
  • garam, gula secukup rasa
  • Bahan Kisar
  • 2 cili merah, dibuang biji
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3 buah keras

CARA-CARANYA

  1. Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dalam pan. Gorengkan ayam hingga separuh masak dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak.
  4. Masukkan Sos Spageti Tradisional, Sos Cili Kimball, ayam dan air.
  5. Tutup dan masak hingga ayam empuk dan kuahnya pekat. Perisakan dengan garam dan gula.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!