RESIPI TAMBAH DRAMA | Mee Jawa Kimball

Masa Penyediaan
25 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 1 liter air
  • 400g dada ayam
  • 3 sudu besar minyak
  • 425g Sup Tomato Kimball
  • 2 sudu besar Pati Tomato Kimball
  • 400g keledek oren, dikupas, rebus & lecek
  • garam, secukup rasa
  • serbuk lada hitam, secukup rasa
  • 400g Angel Hair Kimball, dicelur mengikut arahan pada bungkusan
  • Pes Kisar
  • 1 labu Bawang besar
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 sudu besar Rempah kari daging
  • 1 sudu besar Rempah kurma
  • Untuk Hiasan
  • Tauhu goreng
  • Telur rebus
  • Taugeh celur
  • Cili hijau
  • Limau nipis

CARA-CARANYA

  1. Rebus ayam dengan air hingga empuk, tuskan dan siatkan isi ayam menjadi kepingan panjang. Ketepikan 1 liter air rebusan.
  2. Panaskan minyak dalam pan dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan air rebusan, Sup Tomato Kimball, Pati Tomato Kimball, keledek dan perisakan.
  4. Apabila kuah mendidih, renihkan selama 5 minit.
  5. Hidangkan dengan Angel Hair Kimball, isi ayam dan hiasan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!