RESIPI TAMBAH DRAMA | Ayam Paprik dengan Nasi Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 3 sudu besar minyak
  • 200g dada ayam, didadu
  • ¼ cawan Sos Cili Thai Kimball
  • 3 sudu besar Sos Tomato Kimball
  • 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • ½ sudu teh kicap pekat
  • ¾ cawan air
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 100g bunga kubis, dipotong berkelopak
  • 100g cili benggala hijau, didadu
  • 100g jagung muda, dihiris
  • 100g lobak merah, dihiris
  • 2 helai daun limau purut, torn
  • 1 sudu teh Tepung jagung + 1 sudu besar air
  • garam, secukup rasa
  • gula, secukup rasa
  • 4 bahagian nasi, untuk hidangan
  • Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 buah keras

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, Sos Cili Thai Kimball, Sos Tomato Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball, kicap dan air. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan bawang, sayur-sayuran dan daun limau purut. Tutup dan masak hingga sayur-sayuran empuk.
  4. Tuangkan campuran tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah perisa. Hidangkan bersama nasi.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!