RESIPI TAMBAH DRAMA | Piza Ayam Hawaiian Kimball

Masa Penyediaan
30 minit + 1 jam (penerapan)
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
4-6 orang

BAHAN-BAHAN

  • 3 sudu besar Sos BBQ Kimball
  • ¼ cawan Sos Spageti Cendawan Kimball
  • 3 sudu besar Sos Cili Kimball
  • 1 keping kulit piza (10-inci, sedia diguna)
  • 150g parutan keju mozarella
  • 200g dada ayam
  • ¼ cawan bawang besar, didadu kecil
  • ¼ cawan lada benggala hijau, didadu kecil
  • ½ cawan nanas, didadu kecil & dicelur dalam air mendidih hingga lembut
  • 2-3 sudu besar Mayonis Kimball

CARA-CARANYA

  1. Perap ayam dengan Sos BBQ Kimball selama 1 jam. Panggang pada suhu 200°C selama 20 minit, terbalikkan selepas 10 minit. Biar sejuk kemudian dadu kecil.
  2. Panaskan Sos Spageti Cendawan Kimball dan Sos Cilli Kimball hingga pekat. Sapukan ke atas kulit piza. Ratakan separuh keju di atasnya.
  3. Taburkan ayam, bawang, cili benggala, nanas dan baki keju.
  4. Bakar pada suhu 190°C selama 10 minit atau hingga keju cair.
  5. Gerimiskan piza dengan Mayonis Kimball sebelum dihidangkan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!