RESIPI TAMBAH DRAMA | Burger Ayam Kimball

Masa Penyediaan
25 minit
Masa Memasak
10 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 3 sudu besar Sos Lada Hitam Kimball
  • 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
  • 400g dada ayam, dipotong 4 bahagian sebesar burger
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 labu bawang besar, dipotong bulat
  • herba Italy kering, secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 4 roti burger
  • Sos Cili Kimball
  • Sos Lada Hitam Kimball
  • Mayonis Kimball

CARA-CARANYA

  1. Perapkan ayam dengan Sos Lada Hitam Kimball, Sos Tomato Kimball dan garam selama 1 jam.
  2. Panaskan 1 sudu besar minyak, gorengkansebelah bahagian ayam hingga masak, terbalikkan. Anda perlu menutupnya dengan foil supaya ayam masak sempurna.
  3. Panaskan minyak baki dan gorengkan bawang hingga layu. Taburkan herba dan ketepikan.
  4. Gril roti burger dalam kuali.
  5. Hidangkan dengan ayam dan bawang bersama renjisan Sos Cili Kimball dan Mayonis Kimball.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!