RESIPI TAMBAH DRAMA | Kebab Daging Kimball

Masa Penyediaan
10 minit + 1 jam (perap)
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 500g daging batang pinang, dihiris nipis
  • ¼ cawan Sos Lada Hitam Kimball
  • ¼ cawan Sos BBQ Kimball
  • 1 sudu besar Pati Tomato Kimball
  • serbuk smoked paprika, secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 4 roti pita
  • daun salad
  • timun
  • tomato
  • Sos Cili Bawang Putih Kimball
  • Mayonis Kimball

CARA-CARANYA

  1. Perap daging dengan Sos Lada Hitam Kimball, Sos BBQ Kimball, Pati Tomato Kimball, serbuk smoked paprika dan garam selama 1 jam.
  2. Cucuk daging dengan besi pemanggang. Gril hingga masak, terbalikkan sekali. Hiris nipis kemudian.
  3. Letak hirisan daging, salad, timun dan tomato di dalam roti pita.
  4. Renjiskan dengan Sos Cili Bawang Putih Kimball dan Mayonis Kimball.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!