RESIPI TAMBAH DRAMA | Laksa Johor Kimball

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 350g Sos Spageti Cendawan Kimball
  • 500g ikan kembung, direbus dengan 750 ml air, dibuang tulang dan dihancurkan isi
  • 750ml air rebusan ikan
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • 2 ulas bawang putih, dikisar
  • 60ml Sos Cili Kimball
  • 5 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah empat
  • 400g Angel Hair Kimball, dicelur mengikuti arahan di bungkusan
  • garam, secukup rasa
  • gula,secukup rasa
  • Untuk Hiasan
  • Telur rebus
  • Timun
  • Cili merah
  • Limau nipis

CARA-CARANYA

  1. Satukan Sos Spageti Cendawan Kimball, isi ikan, air rebusan ikan, bawang besar, bawang putih, Sos Cili Kimball, daun kesum dan bunga kantan.
  2. Masak sehingga mendidih kemudian renehkan selama 5 minit.
  3. Tambah garam dan gula.
  4. Hidangkan Angel Hair Kimball dengan kuah dan bahan sampingan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!