RESIPI TAMBAH DRAMA | Roti John Kimball

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
10 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Marina Mustafa

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 2 roti hot dog, dibelah dua
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar daging cincang, ditumis
  • 2 sudu besar daun bawang, dicincang
  • 2 sudu besar Mayonis Kimball
  • 2 sudu besar Sos Cili Kimball

CARA-CARANYA

  1. Pukulkan telur dan gaulkan bersama daging cincang & daun bawang.
  2. Celupkan roti dalam bancuhan telur. Kalau suka, boleh tambah lagi bancuhan telur & daging ke atas roti sebelum membakarnya.
  3. Letakkan roti atas kuali leper panas. Panggangkan setiap belah hingga garing.
  4. Apabila telur sudah masak & roti sudah dibakar, sapukan Mayonis Kimball & Sos Cili Kimball kepada roti.
  5. Sedia dihidangkan.
  6. Tip dari Chef: Anda juga boleh menggunakan ayam untuk resipi ini.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!