RESIPI TAMBAH DRAMA | Makaroni Bakar Berkeju Kimball

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 350g Sos Spageti Tradisional Kimball
  • 200g Makaroni Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung serbaguna
  • 5 batang sosej, dipotong 1cm
  • 200g keju cheddar, diparut
  • garam, secukup rasa
  • lada hitam secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Cairkan mentega pada api kecil, masukkan tepung dan kacau sebati. Masukkan Sos Spageti Tradisional Kimball dan kacau sehingga mendidih. Ketepikan dari api.
  2. Masukkan sosej, Makaroni Kimball dan separuh keju. Tambahkan garam dan lada hitam.
  3. Masukkan campuran ke dalam bekas kaserol. Ratakan keju selebihnya di atas.
  4. Bakar di dalam ketuhar pada 200°C selama 15 minit atau sehingga keju berbuih.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!