RESIPI TAMBAH DRAMA | Spageti Tuna Enak Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
10 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 350g Sos Spageti Tradisional Kimball
  • 200g Spageti Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 185g tuna dalam minyak, ditapis
  • ¼ cawan parsli cincang
  • garam, secukup rasa
  • lada hitam secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan Sos Spageti Tradisional Kimball, kacau dan renehkan selama 5 minit.
  3. Gaulkan sos dengan tuna dan parsli. Tambahkan garam dan lada hitam.
  4. Hidangkan sos dengan Spageti Kimball.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!