RESIPI TAMBAH DRAMA | Stew Penne dan Bayam Kimball

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 350g Sos Spageti Cendawan Kimball
  • 400g Penne Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 400g daging, dikiub, direbus dengan 500ml air (ambil 500ml air rebusan & tambah air jika perlu)
  • 2 cawan daun bayam
  • garam, secukup rasa
  • lada hitam, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga layu.
  2. Masukkan Sos Spageti Cendawan Kimball, air rebusan, daun bayam dan daging.
  3. Kacau sehingga bayam layu. Tambahkan garam dan lada hitam.
  4. Hidangkan Penne Kimball dengan sos.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!