RESIPI TAMBAH DRAMA | Fettucine dengan Ayam Bersos Selasih Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 350g Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball
  • 200g Fettucine Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 300g dada ayam
  • 1 sudu besar serbuk cajun
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • ½ cawan daun selasih, dicincang nipis
  • garam, secukup rasa
  • lada hitam secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Perasakan ayam dengan garam, lada hitam dan serbuk cajun. Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng ayam sehingga masak. Ketepikan dan hiris nipis.
  2. Panaskan baki minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball. Masak sehingga mendidih. Tambahkan daun selasih, garam dan lada hitam.
  4. Hidangkan sos dengan Fettucine Kimball dan ayam.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!