RESIPI TAMBAH DRAMA | Spiral & Jejari Ikan Bersos Harum Kimball

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 200g Kimball Spiral, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 350g Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball
  • 360g ikan Dory, dipotong jejari
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1 cawan serbuk roti
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 1 batang serai, dititik
  • ¼ cawan Sos Cili Kimball
  • 1 cawan daun selom, dicincang
  • Secukupnya minyak
  • garam, secukup rasa
  • lada hitam, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Perasakan ikan dengan garam dan lada hitam. Celupkan ikan di dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Gorengkan ikan di dalam ½ cawan minyak panas sehingga keemasan. Ketepikan.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak, tumiskan bawang sehingga harum. Masukkan serai, kacau rata.
  3. Masukkan Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball dan Sos Cili Kimball, masak sehingga mendidih. Tambahkan garam dan lada hitam.
  4. Campurkan daun selom, kacau rata. Sajikan sos dengan Kimball Spiral dan jejari ikan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!