RESIPI TAMBAH DRAMA | Tamagoyaki Sushi dengan Ayam & Cendawan Kimball

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
10 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar
  • 2 sudu besar mentega
  • Sedikit minyak zaitun
  • 1 cawan cendawan shiitake, dihiris nipis
  • 2 cawan nasi panas
  • 3 sudu besar Mayonis Kimball
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 1/2 cawan lobak merah, dicincang halus
  • 2 keping dada ayam, digoreng
  • Sos Cili Kimball, secukupnya
  • garam, secukup rasa
  • serbuk lada hitam, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Pukul telur, susu, garam dan lada hitam hingga sebati.
  2. Panaskan minyak zaitun dan mentega, dadarkan telur sebanyak dua keping sebesar pinggan.
  3. Panaskan minyak zaitun, goreng cendawan shiitake sehingga masak. Tambah garam dan lada hitam.
  4. Siatkan dada ayam secara memanjang, ketepikan.
  5. Gaul nasi panas, Mayonis Kimball, jus lemon, minyak bijan, lobak merah, garam dan lada hitam.
  6. Di atas tikar sushi, letak sekeping telur dadar, ratakan nasi sushi, susun kepingan ayam dan cendawan.
  7. Tuangkan Cili Sos Kimball di atasnya. Gulung perlahan dan padat. Potong dengan pisau dan hidangkan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!