RESIPI TAMBAH DRAMA | Cucur Spageti Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 200g Spageti Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan & gunting pendek
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 10 helai daun kucai, dipotong 2cm
  • 1 cawan taugeh, dibuang ekor
  • 200g udang, dikupas & potong halus
  • 1/2 biji lobak merah, disagat halus
  • 2 biji telur saiz A
  • garam, secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak
  • Sos
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • 2 ulas bawang putih, dikisar
  • 2 biji cili merah, dikisar
  • 2 sudu besar minyak
  • 3 sudu besar Cili Sos Kimball
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu besar gula
  • garam, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Gaulkan bahan cucur dalam mangkuk besar.
  2. Lengser minyak di atas kuali kalis lekat. Goreng cucur secara nipis. Bila masak, terbalikkan dan biar sehingga keperangan.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
  4. Masukkan Cili Sos Kimball, asam jawa, garam dan gula.
  5. Cucur Spageti sedia dihidangkan dengan sos.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!