RESIPI TAMBAH DRAMA | Sambal Kacang Kuda Berempah Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Chef Hafiz

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 20g bawang merah, dicincang halus
  • 15g bawang putih, dicincang halus
  • 15 helai daun kari
  • 20g serbuk rempah kari
  • 150g Pati Tomato Kimball
  • 2½ sudu besar Sos Spageti Tradisional Kimball
  • 3½ sudu kecil Sos Cili Kimball
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 350g kacang Kuda Kimball
  • 50g ikan bilis, digoreng
  • 300g kentang, dipotong dadu dan digoreng
  • 50g suhun, digoreng
  • 8-10 biji cili padi, dipotong kecil

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
  2. Masukkan serbuk rempah kari dan daun kari, kacau sehingga wangi.
  3. Masukkan Pati Tomato Kimball, Sos Spageti Tradisional Kimball, Sos Cili Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball. Kacau rata.
  4. Campurkan Kacang Kuda Kimball, ikan bilis, kentang, suhun dan cili padi. Kacau sehingga sebati.
  5. Sedia untuk dihidangkan
  6. Tip chef: Jika ingin mengurangkan tahap kepedasan, anda boleh campurkan sambal kacang kuda dengan 3 sudu besar Mayonis Kimball apabila dihidangkan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!