RESIPI TAMBAH DRAMA | Mee Bandung Kimball

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Marina Mustafa

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • Dikisar
  • 1 bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia
  • 1 sudu besar udang kering
  • ½ cawan air
  • Kuah
  • 4 sudu besar pes cili (3 sudu besar Sos Cili Kimball + 1 mangkuk cili kering dikisar + ½ cawan air)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 360g ayam, dipotong kecil
  • ½ tin Sup Tomato Kimball
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 3 biji telur
  • 200g Angel Hair Kimball, dicelur mengikuti arahan di bungkusan
  • Hiasan
  • 1 ikat sawi bunga, dipotong ke 1 inch panjang
  • 2 kiub tauhu, digoreng dan dihiris
  • 2 cili hijau, dihiris serong
  • 2 sudu besar kacang, ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar bawang goreng

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar dan pes cili sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan ketulan ayam dan masak sebentar.
  3. Tuangkan Sup Tomato Kimball dan air.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Apabila kuah mulai mendidih, pecahkan telur satu-persatu tanpa digaul supaya telur tetap sebiji demi sebiji.
  6. Masukkan Angel Hair Kimball ke dalam mangkuk dan tuangkan sebiji telur serta kuah ke atasnya.
  7. Taburkan sawi, cili hijau, tauhu, kacang & bawang goreng ke atas Mi Bandung sebelum dihidangkan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!