RESIPI TAMBAH DRAMA | Sotong Sumbat & Sos Cili Thai Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Sherson Lian

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Isi
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 biji bawang merah kecil, dihiris
  • 1 inci halia, didadu
  • 3 ulas bawang putih, didadu
  • 5 cendawan shitake, didadu
  • ½ cawan ayam cincangan
  • 1 tangkai akar ketumbar, dicincang
  • 2 kuning telur
  • kicap soya cair, secukup rasa
  • Untuk Sotong Sumbat
  • 4 sotong saiz sederhana
  • 2 putih telur
  • 1 cawan tepung beras
  • ½ cawan minyak
  • Untuk Sos
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 biji bawang merah kecil, didadu
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • ½ inci halia, dicincang
  • 1 cili hijau, dicincang
  • 2 cili padi, dihiris
  • 3 sudu besar Sos Cili Thai Kimball
  • 1 tangkai daun bawang, dihiris
  • 1 tangkai batang coriander, dihiris
  • Kicap soya cair, secukup rasa
  • Air, secukup
  • biji limau

CARA-CARANYA

  1. Untuk membuat isi, panaskan minyak dalam pan dan tumiskan bawang merah kecil, halia dan bawang putih sampai wangi.
  2. Masukkan cendawan shitake dan masak sampai layu. Masukkan ayam dan akar ketumbar. Perisakan dengan kicap soya cair dan gaul sebati.
  3. Keluarkan campuran ayam daripada pan dan masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan kuning telur kepada campuran ayam dan gaul sebati.
  4. Seterusnya, ntuk membuat sotong sumbat, panaskan minyak dalam pan.
  5. Sumbatkan sotong dengan campuran ayam dan sematkan dengan lidi.
  6. Salutkan sotong dalam putih telur dan tepung beras.. Gorengkan sehingga keemas-emasan.
  7. Akhirnya, untuk membuat sos: panaskan minyak dalam pan dan tumiskan bawang merah kecil, bawang putih, halia, cili hijau dan cili padi sampai layu. Tambahkan Sos Cili Thai Kimball, kicap cair dan sedikit air.
  8. Bila sos mendidih, masukkan batang ketumbar dan daun bawang. Perahkan jus limau di atas dan hidangkan bersama sotong sumbat.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!