RESIPI TAMBAH DRAMA | Dumpling Udang ala Sos Cili Ketam Kimball

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
6 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Sherson Lian

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Dumpling
  • 150g udang, dicincang
  • 50g ayam cincangan
  • 1 genggam daun bawang, dihiris
  • ½ sudu besar minyak bijan
  • garam, secukup rasa
  • serbuk lada hitam, secukup rasa
  • 1 paket kulit gyoza berbentuk bulat
  • 2 sudu besar minyak kacang
  • 1 pot air
  • Untuk Sos
  • 3 sudu besar minyak kacang
  • 8 ulas bawang putih, didadu
  • 5 cili merah, didadu
  • 1 inci halia, didadu
  • 2 sudu besar pes cili
  • 1 cawan stok ayam
  • ¼ cawan Sos Tomato Kimball
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • ½ sudu besar pes asam jawa
  • ½ sudu besar tepung jagung, dicampur dengan air
  • 1 telur, dipukul
  • 1 genggam daun ketumbar, dicincang
  • garam, secukup rasa
  • gula, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Campurkan udang, ayam, daun bawang dan minyak bijan dalam mangkuk besar. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  2. Masukkan ½ sudu besar isi di tengah-tengah kulit gyoza. Basahkan tepi kulit dengan sedikit air dan lipat separuh ke dalam. Lepas tu, basahkan hujung sebelah dan lipatkan ia menjadi bentuk 'tortellini'.
  3. Rebuskan dumpling dalam air panas yang telah ditambahkan garam dan minyak kacang. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak kacang dalam pan dan tumiskan bawang putih, cili dan halia sampai wangi.
  5. Tambahkan pes cili dan menumis untuk beberapa minit dan masukkan stok ayam.
  6. Masukkan Sos Tomato Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball dan pes asam jawa.
  7. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan perasakan dengan garam dan gula. Tambah tepung jagung jikalau kuah tidak cukup pekat.
  8. Masukkan daun ketumbar dan telur ke dalam kuah.
  9. Hidangkan sos dengan dumpling.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!