RESIPI TAMBAH DRAMA | Tomyamota Makanan Laut & Makaroni Kimball

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
35 minit
Saiz Hidangan
6 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Sherson Lian

BAHAN-BAHAN

  • 1 bawang kuning, didadu
  • 1 batang saderi, didadu
  • 4 ulas bawang putih, didadu
  • 5 cili padi, dilebam
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 cawan Makaroni Kimball
  • 175g Sos Spageti Tradisional Kimball
  • 100g sotong
  • 100g ikan tuna putih
  • 1 tomato, dibelah 8
  • 2 tangkai serai, dilebam
  • 2 inci lengkuas, dihiris
  • Sos ikan, secukup rasa
  • Gula, secukup rasa
  • Jus limau, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Tumiskan bawang kuning, saderi, bawang putih dan cili padi dengan api kecil sehingga layu. Tambahkan stok ayam dan biar sampai didih.
  2. Apabila stok didih, masukkan Makaroni Kimball. Tambahkan stok ayam atau air dari semasa ke semasa sehingga Makaroni Kimball dimasak.
  3. Masukkan bahan-bahan yang lain dan perasakan dengan sedikit sos ikan, gula dan jus limau.
  4. Tutupkan api apabila makanan laut siap dimasak.
  5. Hidangkan segera.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!