RESIPI TAMBAH DRAMA | Bergedil Daging & Sos Concasse Cendawan Kimball

Masa Penyediaan
25 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
6 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Sherson Lian

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Bergedil
  • 2 kentang, digoreng dan ditapis
  • 250g daging cincang
  • 6 ulas bawang putih, diparut
  • 1 bawang merah, dihiris dan digoreng sehingga rangup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • Garam, secukup rasa
  • 1 tangkai daun ketumbar, didadu
  • 2 biji telur, dipukul
  • ½ cawan minyak
  • Untuk Sos
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 3 bawang putih, didadu
  • 2 bawang merah kecil, didadu
  • 1 batang saderi, didadu
  • 1 cawan cendawan shimeiji
  • ¼ cawan Kacang Kuda Kimball
  • 3 sudu besar Sos Spageti Cendawan Kimball
  • Air
  • Garam, secukup rasa
  • 1 sudu besar daun ketumbar

CARA-CARANYA

  1. Dalam mangkuk besar, lenyekkan kentang dan masukkan daging, bawang putih, bawang merah goreng, halia, serbuk cili dan jintan putih. Perasakan dengan garam dan masukkan daun ketumbar. Gaul sebati.
  2. Bentukkan gabungan menjadi bergedil dan gorengkan dalam kuali sehingga separuh masak. Ketepikan.
  3. Salutkan bergedil dalam bancuhan telur dan gorengkan patty untuk beberapa minit lagi sampai keemasan.
  4. Dalam pan yang lain, masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih, bawang merah kecil dan saderi.
  5. Kemudian, masukkan cendawan shimeiji dan Kacang Kuda Kimball.
  6. Apabila cendawan layu, tambahkan Sos Spageti Cendawan Kimball dengan sedikit air.
  7. Kacau rata dan perasakan dengan garam. Masukkan daun ketumbar dan hidangkan dengan begedil.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!