RESIPI TAMBAH DRAMA | Udang Goreng Cili Asam Kimball

Masa Penyediaan
8 minit
Masa Memasak
10 minit
Saiz Hidangan
6 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Sherson Lian

BAHAN-BAHAN

  • 500g udang besar, urat dikeluarkan
  • 1 cawan minyak , untuk menggoreng
  • 2 sudu besar minyak, untuk menumis
  • 5 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 bawang merah kecil, dihiris
  • 10 cili kering, benih dikeluarkan
  • 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 2 sudu besar Sos Cili Bawang Putih Kimball
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • Garam. ecukup rasa
  • Sos ikan, secukup rasa
  • Gula, secukup rasa
  • 1 genggam daun ketumbar, dicincang kasar

CARA-CARANYA

  1. Perapkan udang dengan garam dan gorengkannya dengan minyak yang panas selama beberapa minit. Ketepikan.
  2. Masukkan minyak ke wok, tumiskan bawang putih dan bawang merah kecil.
  3. Apabila hampir keemasan, masukkan cili kering dan goreng sampai layu dan keemasan. Tambahkan Sos Berperisa Tiram Kimball, Sos Cili Bawang Putih Kimball dan pes asam jawa.
  4. Masukkan udang ke dalam wok. Perasakan dengan sos ikan dan gula. Kacau rata.
  5. Masukkan daun ketumbar. Tutupkan api dan gaul sebati.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!