RESIPI TAMBAH DRAMA | Ikan Goreng Sambal Masam Manis Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
6 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Sherson Lian

BAHAN-BAHAN

  • 1 ikan nyoknyok, diisiki
  • tepung beras
  • ½ cawan minyak, untuk digoreng
  • 2 sudu besar minyak, untuk ditumis
  • 4 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 6 bawang merah kecil, ditumbuk
  • 3 cili padi, dilebam
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar Sos Cili Kimball
  • 4 sudu besar Sos Spageti Tradisional Kimball
  • ¼ nanas, potong kecil
  • 1 tomato, dibelah 8
  • air
  • 2 sudu kecil serbuk ikan bilis
  • cuka, secukup rasa
  • garam, secukup rasa
  • gula, secukup rasa
  • 1 tangkai daun bawang, dicincang

CARA-CARANYA

  1. Salutkan ikan dalam tepung beras. Panaskan minyak dalam wok dan gorengkan ikan sehingga keemasaan kedua-dua belah. Ketepikan.
  2. Dalam wok yang panas, masukkan minyak dan tumiskan bahan tumbukan dan cili padi sehingga layu. Tambahkan cili giling dan Sos Cili Kimball dan masak sampai pecah minyak.
  3. Tambahkan Sos Spageti Tradisional Kimball, nanas, tomato dan sedikit air.
  4. Perasakan sos dengan cuka, garam dan gula. Masukkan daun bawang dan gaul sebati.
  5. Limpahkan ke atas ikan yang dimasak dan sedia untuk dihidangkan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!