RESIPI TAMBAH DRAMA | Mee Rebus Udang Kimball

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
45 minit
Saiz Hidangan
6 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Sherson Lian

BAHAN-BAHAN

  • Untuk dikisar
  • 2 tangkai serai
  • 2 inci lengkuas
  • 1 bawang merah
  • 1 inci halia
  • ½ sudu besar udang kering
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 tangkai daun limau purut
  • Unuk kuah
  • 1kg udang, dikupas dan urat dikeluarkan
  • 500ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 ubi keledek, didadu
  • 1 can Sup Tomato Kimball
  • serbuk stok ikan, secukup rasa
  • garam, secukup rasa
  • gula, secukup rasa
  • 1 paket Angel Hair Kimball, dicelur mengikuti arahan di paket
  • Untuk hiasan
  • 1 telur rebus
  • 1 keping tofu
  • 1 cili hijau, dihiris
  • bawang goreng

CARA-CARANYA

  1. Didihkan kulit udang dalam air selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak dalam wok dan tumiskan bahan lumatan sehingga layu. Masukkan stok udang dan ubi keledek ke dalam wok. Didikan stok sehingga ubi keledek menjadi lembut.
  3. Tambahkan Sup Tomato Kimball ke dalam wok dan didihkan. Persakan dengan serbuk stok ikan, garam dan gula.
  4. Susunkan Angel Hair Kimball dalam mangkuk, tambahkan sup.
  5. Hiaskan dengan bahan-bahan hiasan dan sedia dihidangkan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!