RESIPI TAMBAH DRAMA | Ayam Panggang Casserole & Kacang Kuda

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
6 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Sherson Lian

BAHAN-BAHAN

  • A
  • 3 keping ayam paha, dibelah 2
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 bawang kuning
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu kecil serbuk paprika
  • B
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 tomato, dibelah 8
  • 1 lobak merah, dipotong dadu
  • 1 sudu besar emping cili
  • 1 jar Sos Spageti Bawang Putih & Selasih Kimball
  • 1 genggam daun selasih
  • garam, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Salutkan ayam dengan bahan A. Masak ayam sampai keemasan dalam kaserol. Ketepikan.
  2. Dalam kaserol, masukkan minyak dan tumiskan bahan B.
  3. Tambahkan Sos Spageti Bawang Putih & Selasih Kimball dan masukkan ayam. Renehkan hingga ayam masak.
  4. Perasakan dengan garam dan sedia dihidangkan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!