RESIPI TAMBAH DRAMA | Tofu Daging Kisar Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
6 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Sherson Lian

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping tauhu, didadu dan dicelur dalam air panas dengan garam
  • 2 sudu besar minyak
  • 200g daging kisar
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 inci halia, dicincang
  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 sudu besar kacang hitam bergaram, direndam
  • 1 sudu kecil lada sze chuan
  • 1 sudu besar kacang soya bergaram perisa cili
  • ½ cawan stok daging
  • 1 sudu besar Sos Cili Kimball
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 1 sudu besar tepung jagung, dicampur 2 sudu besar air
  • 2 cili kering, dipotong kecil
  • gula, secukup rasa
  • 1 tangkai daun bawang, dipotong dadu

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak dalam wok dan masak daging kisar sampai rangup. Ketepikan.
  2. Masukkan minyak bijan ke wok dan tumiskan halia dan bawang putih hingga layu.
  3. Tumiskan cili kering selama beberapa minit dan tambahkan kacang hitam bergaram, lada sze chuan dan kacang soya bergaram perisa cili.
  4. Masukkan stok daging, Sos Cili Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball.
  5. Didihkan kuah dan renehkan untuk beberapa minit kumeudian. Masukkan gabungan tepung jagung ke dalam kuah.
  6. Apabila kuah menjadi pekat, masukkan daging kisar dan tofu.
  7. Gaul sebati dan perasakan dengan gula. Hiaskan dengan daun bawang dan hidangkan dengan segera.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!