RESIPI TAMBAH DRAMA | Sos Kacang Pol dengan Fettucine Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
6 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Sherson Lian

BAHAN-BAHAN

  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 5 bawang merah kecil, dikisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia, dikisar
  • ½ sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 200g daging kisar
  • 2 cawan air
  • ½ can Kacang Kuda Kimball
  • ½ can Kacang Parang Kimball
  • 2 tomato, didadu
  • garam, secukup rasa
  • gula, secukup rasa
  • 200g Fettuccini Kimball, dicelur dengan arahan di paket
  • 4 telur rebus carak (poached)
  • 1 cili hijau, dihiris

CARA-CARANYA

  1. Tumiskan bahan kisar dengan minyak sapi higga keemasan. Tambahkan serbuk kari, serbuk ketumbar dan lada hitam sehingga layu. Masukkan daging kisar dan gaul sebati.
  2. Apabila daging hampir masak, masukkan aii dan didihkan. Kemudian, renehkan selama 10 minit.
  3. Masukkan Kacang Parang Kimball, Kacang Kuda Kimball dan tomato dan renehkan selama 5 minit.
  4. Perasakan sos dengan garam dan gula.
  5. Masukkan fettucine dalam pinggan kemudian curahkan sos ke atas. Letakkan telur di atas pasta dan hiaskan dengan cili hijau.
  6. Hidangkan dengan segera.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!