RESIPI TAMBAH DRAMA | Pengat Pisang Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Eksekutif Chef Hafiz bin Ahman

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 200g ubi keledek, dipotong dadu
  • 300g pisang, dihiris
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 500ml santan pekat
  • 50g gula melaka, dicincang halus
  • 100g gula pasir
  • 500ml air
  • Garam, secukup rasa
  • 150g Makaroni Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan

CARA-CARANYA

  1. Rebus ubi keledek dengan air sehingga empuk.
  2. Masukkan semua bahan lain dan Makaroni Kimball.
  3. Kacau rata sehingga mendidih.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
  5. Tip dari Chef: Pisang / ubi keledek juga boleh digantikan dengan isi durian.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!