RESIPI TAMBAH DRAMA | Satu Periuk Nasi Ayam Hainan Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Resipi oleh
Chef Rohani Jelani

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • ½ ekor ayam, potong enam
  • 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 1 sudu besar jus halia
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
  • 2 ½ cawan (500 g) beras, dibasuh dan disejat
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 sm halia, dihiris nipis
  • 600 ml stok ayam
  • 2 helai daun pandan, disimpulkan
  • Untuk hiasan:
  • 1 tangkai daun bawang, dihiris nipis
  • 1 biji timun, dihiris
  • 2 sudu besar sos karamel pekat
  • ¾ cawan Sos Cili Bawang Putih Kimball

CARA-CARANYA

  1. Perap ayam dengan Sos Berperisa Tiram Kimball, jus halia, garam dan lada putih selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak atas api sederhana. Tumis halia dan bawang putih sehingga perang. Masukkan beras, gaul sampai mesra. Campurkan stok ayam, ½ sudu teh garam dan daun pandan. Tutup, biarkan mendidih dan air sedikit kering tetapi nasi masih lembap.
  3. Kemudian, ‘tanam’ ayam perap tadi di dalam nasi. Perlahankan api dan tutup periuk dengan kemas. Biarkan masak anggaran 25 minit.
  4. Gembur nasi dan hidang. Hias dengan hirisan timun dan daun bawang. Percik sos karamel pekat di atasnya dan hidang bersama Sos Cili Bawang Putih Kimball.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!