RESIPI TAMBAH DRAMA | Sos Ayam Cendawan dengan Angel Hair Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Resipi oleh
Chef Rohani Jelani

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Sos Ayam Cendawan:
  • 2 cawan stok ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 3 sudu besar kicap cair
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 sm halia, dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 300 g isi dada ayam, dipotong nipis
  • 200 g cendawan tiram, dihiris tebal
  • Untuk Adunan Angel Hair Kimball:
  • 3 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih, dihiris halus
  • 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 2 sudu besar sos karamel pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu teh gula
  • 400 g Angel Hair Kimball
  • 200g pak choy, petik anggaran 5 sm

CARA-CARANYA

  1. Untuk Sos Ayam & Cendawan: Satukan stok, tepung jagung, Sos Berperisa Tiram Kimball, kicap cair, garam dan lada putih. Kacau dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis halia bersama bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam dan goreng 5 minit. Tambah cendawan kemudian dan masak lagi 5 minit. Campurkan adunan kuah yang telah dibancuh tadi dan biar sehingga mendidih. Bila jadi pekat, ketepikan.
  2. Untuk Adunan Angel Hair Kimball: Tumis bawang putih atas api sederhana sehingga perang keemasan. Tutup api dan tuang bawang putih berserta minyak ke dalam mangkuk, ketepikan. Dalam mangkuk besar, campur Sos Berperisa Tiram Kimball, sos karamel pekat, kicap cair, lada putih dan gula. Kacau sehingga sebati.
  3. Sementara itu, jerang air dalam periuk sehingga didih. Masukkan 1 sudu teh garam, Angel Hair Kimball dan pak choy. Celur dalam 3 minit atau sehingga lembut. Angkat dan sejat Angel Hair Kimball berserta sayur, kemudian gaul dengan campuran sos. Tabur bawang putih bersekali minyak.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!